kerana dirimu begitu berharga...

''abadikan saat terindah bersama orang tersayang''

Sunday, May 13, 2012

Stevia Gantikan Gula



Pernahkah anda mengetahui tentang khasiat pokok stevia? Saya pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui tentang khasiat yang terdapat dalam pokok stavia bukan? 


Stevia merupakan satu jenis tanaman yang baru rakyat Malaysia. Walaupun begitu, stevia merupakan pemanis semulajadi dan menjadi pengganti kepada gula tebu. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini terdapat syarikat yang mengkomersialkannya sebagai alternatif kepada gula putih.


Stevia merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika tengah. Digunakan secara meluas oleh petani di Paraguay dan Brazil sebagai pemanis semulajadi di dalam minuman mereka. 
Cuba anda lawati http://www.lovehijau.com/2010/08/steviapenganti-gula-tebu.html




                 pokok stevia dari pelbagai negara mempunyai jenis dan tahap kemanisan yang berbeza.


Baru-baru ini Malaysia juga turut melakukan tanaman Stevia sebagai langkah menggantikan gula. Hal ini kerana peratusan rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis dan diabetis semakin meningkat. 


Berita Harian 1/1/2012 ada menyatakan bahawa mengikut tinjauan kesihatan dan Morbiditi Edisi Ketiga yang dikendalikan pada tahun 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9%  berbanding sedekad lalu dimana penularan diabetes hanya 8.3%.


Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti dikalangan pendududk.



                                                                   anak pokok stevia dijual didalam tray.



                                                  terdapat juga anak pokok stevia yang dijual didalam pot.


Menariknya, daun stevia dapat menggantikan gula harian setelah dikenal pasti sebagai tumbuhan yang mengandungi manisan, tiada kalori dan tiada karbohidrat.


Saya sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperluaskan tanaman stevia ini. Ini sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan rendah kalori dan rendah karbohidrat, selain mengelakkan penyakit kencing manis dan masalah kegemukan melampau atau obesiti. Anda juga boleh merujuk kepada http://stevia-gec.blogspot.com/2011/01/tanaman-stevia-di-halaman-rumah-dan-di.html.



No comments:

Post a Comment