Putrajaya- Betemakan ‘ Suburkan jiwa dengan ilmu, sirami ibadat dengan amal’ Ekspo Buku Islam edisi ke-2 telah diadakan bermula 24 Februari sehingga 4 Mac 2012. Selain dari penjualan buku-buku, pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diadakan di pentas utama Dewan Cempaka Sari, Presint3 ,Putrajaya yang terletak berhadapan Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi).
Persembahan diadakan bagi mempromosikan album Dhuha Mari Menyanyi Bahasa Arab, bagi menggalakkan pelajar mempelajari bahasa arab, Dhuha mengambil peluang mempromosikan album tersebut bagi memperkenalkan bahasa arab dikalangan masyarakat.
Album ini adalah cetusan idea bersama pasangan Puan Aidahaniza Abdul Wahab dan suaminya Ustaz Shazly Abdullah sebagai penerbit dan pengurus Dhuha. “Saya berminat untuk mempelajari bahasa arab untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pensyarah yang berbangsa Arab. Kemudian saya tertarik untuk mendidik kanak-kanak berlatih berkomunikasi dalam bahasa arab dengan menggunakan teknik lagu dan nyanyian dalam pengajaran bahasa arab,’’ kata beliau yang merupakan seorang pensyarah bahasa Inggeris di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan.
Kumpulan ini telah ditubuhkan sejak tahun 2010. Nama Dhuha yang bermaksud waktu diantara pagi hingga tengah hari, pagi yang ceria dan nyaman serta murah rezeki dipilih sebagai nama kumpulan. Selain itu, Dhuha mensasarkan penonton khususnya berumur dari setahun sehingga 17 tahun. Menariknya kumpulan Dhuha terdiri dari tujuh oang kesemuanya anak-anak Pn Aida sendiri iaitu Nusaiybah, Nasihah, Rumman, Zaidan, Ajwah, Hamied Kishk, dan Safitunnaja.
Album DHUHA"Jom Menyanyi Bahasa Arab" ini memuatkan lagu-lagu yang mudah dan senang dihafal pelajar, antaranya ialah Di Rumah kami, Selamat Hari Jadi, Kebersihan Sebahagian Daripada Iman, Ke Zoo dan pelbagai lagi.
CD karaoke yang mempunyai terjemahan bahasa melayu, memudahkan kanak-kanak mengingati dan mempelajari bahasa arab. Lirik-lirik yang digunakan juga sangat mudah. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut menggunakan CD ini bagi mempelajari bahasa arab.
Menurut Pn Aidahanizah lagi,“Kami telah pergi kesemua stesen siaran televisyen dan radio IKIM untuk memperkenalkan Dhuha kepada masyarakat. Secara umumnya, kami menerima dua jemputan dalam masa sebulan untuk membuat persembahan disekolah-sekolah ataupun di mana-mana majlis”.
Tambahnya lagi,“Kami akan mengadakan persembahan pada Jun ini bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada Pesta Buku Antarabangsa nanti.” Beliau juga turut berhasrat untuk mempromosikan album diperingkat luar Negara bagi menaikkan nama Malaysia dan memperluaskan pendidikan melalui lagu-lagu.
Sokongan pelbagai pihak amat dihargai dalam usaha untuk mendidik generasi muda khususnya kanak-kanak untuk memahami, mempelajari dan seterusnya menguasai Bahasa Arab. Selain itu, album ini boleh dijadikan alat bantuan mengajar untuk guru-guru di sekolah kerana murid-murid lebih tertarik untuk belajar jika disertakan dengan alunan lagu.

No comments:
Post a Comment