Sebagaimana kita tahu, Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa dan lembab sepanjang tahun. Negara kita sering melalui musim panas dan musim hujan sepanjang tahun. Namun begitu negara kita tidak merasai musim bunga dan musim salji seperti negara lain.
Oleh itu, kerajaan telah membina suatu tempat pelancongan menarik di negara kita iaitu Rumah Beriklim Sederhana 4Musim yang kini lebih dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Ianya terletak di Shah Alam. Menariknya, rumah beriklim sederhana 4 musim ini mempunyai keunikan tersendiri. Sebelum ianya beralih musim, rumah beriklim sederhana ini akan diselenggarakan selama 2 minggu sebelum mula beroperasi.
Ketiga-tiga gambar diatas adalah suasana pada musim bunga di rumah beriklim sederhana
Antara yang menarik minat pengunjung ialah pada musim salji dan musim bunga. Ini kerana negara kita tidak ada musim tersebut. Pastinya jika anda ingin mengunjungi Taman Botani Negara, jangan lepaskan peluang untuk bergambar didalamnya kerana anda akan mendapat pengalaman yang menarik.
Musim salji adalah antara yang menarik tumpuan pengunjung di Rumah Beriklim Sederhana ini.
Suhu pada musim salji juga dari 7 darjah selsius sehingga 12 darjah selsius. Keseronokkan yang akan anda rasai apabila berada dalam suasana seperti berada di luar negara. Keindahan bunga juga menarik minat pengunjung. Pelbagai jenis bunga yang akan dipamerkan apabila musim bunga nanti. Keunikan warna-warni bunga-bunga tersebut membuatkan anda teruja untuk bergambar dengan pemandangan yang indah.
Bagi yang belum pernah datang ke tempat seperti ini, marilah berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam kerana ia merupakan satu-satunya tempat yang memberikan anda peluang merasai suasana 4 musim seperti di luar negara.
Anda juga boleh mengunjungi laman ini untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.
http://n9kini.com/rumah-4-musim-gamit-pengunjung/
.jpg)
No comments:
Post a Comment