Oleh: Nur
Atiqah bt Mahat, Universiti Sains Islam Malaysia
Realiti pada masa kini ialah manusia semakin giat menjalankan pembangunan tanpa menghiraukan alam sekitar disebalik pembangunan. Akibat keghairahan manusia yang melakukan sebarang aktiviti pemodenan demi wang ringgit, dunia terpaksa berhadapan dengan tiga isu utama yang mengancam alam sekitar iaitu pencemaran, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon yang mengakibatkan kenaikan suhu yang tinggi.

Ini
termasuklah penebangan hutan tanpa kawalan yang mengakibatkan kerosakan dalam
sistem takungan air hujan dan memungkinkan banjir, meruntuhkan bukit-bukau
secara sembarangan yang mengakibatkan gegaran ataupun gempa bumi. Merujuk
kepada buku karangan Ulama’ Islam yang terkenal, Dr Imam Yusuf Al Qaradhawi,
menyatakan perkara yang
paling penting dalam penjagaan alam sekitar ialah penjagaan keseimbangannya
supaya dapat mengelakkan alam sekitar rosak tanpa pembelaan dalam Penjagaan
Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam.
Kepelbagaian tumbuhan yang terdapat di muka bumi.
Manusia hendaklah mensyukuri keindahan alam ciptaan Allah
Alam semesta adalah tanda terbesar
kewujudan Allah. Manusia dan alam semesta adalah ciptaan Allah yang hebat. Oleh
itu manusia harus melihat alam ini sebagai sebahagian daripada diri mereka
dalam erti kata lain mereka mestilah bersikap baik terhadapnya. Selaras dengan
firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 164 yang bermaksud “sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera
yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu air itu Dia hidupkan sesudah
mati(kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran
angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat
tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan”.
Dari sudut
pemodenan, terbukti bahawa teknologi membantu manusia dalam banyak perkara,
tetapi penggunaan teknologi yang melampau akan mewujudkan kesan yang tidak baik
kepada bumi. Namun
begitu, kempen Earth Hour merupakan contoh salah satu inisiatif yang
dilakukan di seluruh dunia sebagai salah satu langkah untuk memberi kesedaran
tentang bahaya kesan gas rumah hijau yang mengancam iklim dunia. Dengan
matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara diseluruh
dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global.
Ia dijadualkan pada hari Sabtu minggu terakhir bulan Mac setiap tahun selama
satu jam dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Menurut sumber AFP, pengasas Earth Hour, Andy Ridley, yang
mengaku bahawa ia sekadar tindakan simbolik, "Ia hanyalah sejam, sehari,
setahun. Kita tidak menyelamatkan bumi dengan memadamkan lampu untuk tempoh
sesingkat itu. Apa yang anda lakukan adalah menambah suara anda kepada desakan
sedunia untuk menyelamatkan bumi ini.” Laporan dari
News Stait Times pada 25 Mac lalu, Pengarah eksekutif Earth Hour itu menyatakan sasaran kempen ini ialah bagi mengurangkan
pelepasan gas karbon dioksida tahunan dan mengimbangi pencemaran bahan api fosil-sendiri sekaligus
mengawal fenomena pemanasan global.
Kempen
Earth Hour yang diadakan di seluruh dunia telah mendapat sambutan yang
semakin menggalakkan setiap tahun. Malaysia adalah antara 126 negara yang turut
terlibat dengan kempen ini. Kewajaran anjuran pihak World Wildlife Fund yang
bermotifkan menggalakkan penduduk dunia berhenti menggunakan eletrik selama
60minit telah mendapat sambutan yang semakin meningkat pada setiap tahun.
Antara
mercu tanda di Malaysia yang terlibat adalah Putra World Trade Centre (PWTC),
Menara Berkembar Petronas, Pusat membeli-belah Suria KLCC, Tenaga Nasional
Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), National Planetarium, Stesen
Sentral Kuala Lumpur, Hotel Tune, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Membeli-belah
Sunway Pyramid telah menyokong program Earth
Hour ini.
Pembangunan perlu diseimbangkan dengan dengan kebersihan.
Pembangunan dan pemodenan adalah sesuatu yang
tidak dapat ditolak oleh manusia. Namun dalam keghairahan manusia mengejar arus
pemodenan, kita sering terlupa akan hakikat bahawa kita turut menjadi penyumbang kepada kemusnahan
alam sekitar. Walau bagaimanapun,
itu tidak bermakna kita seharusnya menolak pembangunan dan arus pemodenan demi kepentingan
alam sekitar. Apa yang penting ialah kita perlulah mewujudkan keseimbangan
kemajuan antara kedua-duanya. Ini bermaksud dalam kesibukan pembangunan di
negara kita, kita perlu juga
menitikberatkan aspek penjagaan alam sekitar bagi mengurangkan
pencemaran disebalik pembangunan.
Menurut
Ismail Jamil, 57, Bekas Juruteknik Cari Gali Petronas, melihat
kepada masalah pemanasan global yang semakin serius ini, Beliau sangat
menyokong kempen Earth Hour yang diadakan setiap tahun diseluruh dunia sekurang-kurangnya bil elektrik rumah dan
pejabat kita selama sejam dapat dijimatkan. Kita
sebagai manusia yang prihatin tidak seharusnya terlalu mengharapkan pihak
kerajaan melakukan semua langkah pencegahan bagi pihak kita.
Namun begitu, terdapat banyak amalan dalam kehidupan
seharian kita akan dapat membantu memperlahankan masalah global ini. Antaranya
ialah bercucuk tanam adalah perkara paling penting dan paling mudah bagi
mewujudkan persekitaran yang hijau. Bercucuk tanam adalah sesuatu yang semua
orang boleh lakukan bagi mengekalkan alam sekitar. Kita tidak boleh bergantung hanya
pada badan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran dan
sahaja. Sebaliknya, kita sendiri yang perlu melakukan amalan bercucuk tanam
bagi mengekalkan kehijauan alam sekitar. Pelbagai cara boleh digunakan seperti
menanam sayur-sayuran atau pokok bunga disekitar rumah kita. Dengan cara ini,
manusia dapat menikmati kesegaran dan berasa tenang apabila melihat tumbuhan
hijau.
Selain itu, kaedah 3R iaitu Reuse (guna semula), Reduce (pengurangan) dan Recycle (kitar semula) boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Amalan bercucuk tanam di kawasan bandar dan luar bandar memainkan peranan penting. Dengan menerapkan budaya menanam tumbuhan, masyarakat bukan saja dapat menyumbang kepada meringinkan beban perbelajaan isi rumah, malah masyarakat juga mempunyai sumber makanan sendiri sekiranya berlakunya bencana alam yang mungkin menyekat aliran bekalan makanan ke pusat-pusat jualan. Selain itu, rancang pembelian untuk mengelak dan membeli barangan yang tidak perlu yang akhirnya menambahkan bahan buangan. Bawa bersama beg anda semasa membeli-belah untuk mengisi barangan yang kecil. Ini akan mengurangkan penggunaan beg plastik. Kita juga boleh membawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas ‘Styrofoam’ yang tidak boleh lupus.
Kitar semula adalah langkah paling mudah diambil untuk menjaga alam sekitar

Menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama.
Kesimpulannya setiap
individu boleh memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar dengan bercucuk
tanam. Perkara ini mudah dilakukan oleh semua, dan boleh membantu seluruh bumi,
namun tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam
sekitar masih di peringkat yang rendah. Justeru itu program pendidikan
dan kesedaran amatlah perlu bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap
penjagaan alam sekitar. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu, manusia perlu
sentiasa ingat kewajipannya untuk menjaga alam sekitar.
No comments:
Post a Comment