ayah dan ibu..^-^
Ayah seorang yang tegas, garang..Walaupun beliau seorang yang
tegas tetapi sangat penyayang. Setiap hari keluar pukul 7 pagi balik 7
malam. namun beliau tidak pernah mengeluh. Kesian tengok ayah kerja
keras setiap hari. Semangat ayah bekerja membuat aku terfikir betapa
besar pahala dari setiap titis peluh dan keringat dari seorang ayah yang
mencari rezeki buat keluarganya. Setiap hari melayan kerenah anak-anak
dari kecil sampai sekarang. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh seorang
ayah sangat bermakna buat anak-anak. Pengorbanan ayah tidak dapat
dibayar dengan wang ringgit. Bila teringat zaman kanak-kanak. Kami adik
beradik kena rotan dan kena marah dek kerana bergaduh sesama kami
sehingga ayah tidak khusyuk solat lalu kami dirotan. Ini bukan bermaksud
ayah membenci tetapi mendidik anaknya. Ketagasan itu membuatkan kami
tidak berani bergaduh depan ayah lagi..hee..gaduh belakang2 jek..haha
majlis perkahwinan-muar johor
Namun, sifat kasih seorang suami dan seorang bapa tiada tandingan. Ayah
seorang yang penyabar. Dalam sibuk bekerja ayah sering melepaskan
stressnya dengan berkebun bila pulang rumah. Sering terfikir ayah ni
tak penat ke? Tapi itulah cara ayah menghilangkan penatnya. Ayah
sentiasa menunjukan contoh terbaik kepada anaknya. Bila ibu balik kerja,
kadang-kadang ayah tolong ibu masak. Mesti ada lauk asam
pedas..hehe..Kadang-kadang kalau ibu migrain ayah tolong picitkan kepala
ibu. Ayah tidak pernah menunjukkan masalah dia.Kalau ada masalah pun
dia seboleh-boleh tak nak orang tahu. Mutiara peluh ayah sangat berharga
bagi kami. Banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sangat berguna.
Meskipun ayah banyak menghabiskan masa di tempat kerja, ayah sentiasa
manfaatkan masa yang ada dengan keluarga. Setiap kali ayah pulang
kerja, ayah sentiasa tersenyum sambil disambut ibu depan pintu. Ayah dan
ibu adalah penyeri kehidupanku. Setiap kali sebelum tidur ,tangan nya
ku salam pipinya ku kucup, begitu juga ibu. Kami mengharap redha ibu
juga redha darimu ayah. hanya itu yang kami pinta agar hidup kami lebih
berkat dan bermakna.
mohon restu- ayah sedang bersalaman dengan arwah atuk (Hj Abd Kadir) dan atuk Chik Dah
Lahir kami ke dunia kami disambut penuh syukur, kami diajar mengenal
Allah juga nabi mulia. kami dididik tak pernah jemu. Halalkan makan
minum kami maafkanlah salah silap kami . Tanpa maaf dan juga restu hidup
kami tak menentu.Tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan yang suci
itu, tak berdaya aku membalasnya moga aku menjadi anak yang
bertakwa. Jasamu ayah dan ibu akan kami kenang selamanya. Hidup saling
berkasih sayang membina keluarga bahagia. Padamu Allah aku berdoa
rahmati ibu ayahku tercinta. Ampunilah dosa-dosa mereka,panjang umur
dilimpahkan rezeki dan moga berbahagia didunia dan akhirat beroleh
syurga. Semoga kami menjadi permata yang soleh dan solehah..amiin
we do love u ayah=)..
Buat Ayah : ika, abang,ana ,ibu sayang ayah sangat. terima kasih ayah..=)
No comments:
Post a Comment