kerana dirimu begitu berharga...

''abadikan saat terindah bersama orang tersayang''

Monday, May 14, 2012

Kunjungi Rumah Beriklim Sederhana



Sebagaimana kita tahu, Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa dan lembab sepanjang tahun. Negara kita sering melalui musim panas dan musim hujan sepanjang tahun. Namun begitu negara kita tidak merasai musim bunga dan musim salji seperti negara lain.

Oleh itu, kerajaan telah membina suatu tempat pelancongan menarik di negara kita iaitu Rumah Beriklim Sederhana 4Musim yang kini lebih dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Ianya terletak di Shah Alam. Menariknya, rumah beriklim sederhana 4 musim ini mempunyai keunikan tersendiri. Sebelum ianya beralih musim, rumah beriklim sederhana ini akan diselenggarakan selama 2 minggu sebelum mula beroperasi.


Ketiga-tiga gambar diatas adalah suasana pada musim bunga di rumah beriklim sederhana


Antara yang menarik minat pengunjung ialah pada musim salji dan musim bunga. Ini kerana negara kita tidak ada musim tersebut. Pastinya jika anda ingin mengunjungi Taman Botani Negara, jangan lepaskan peluang untuk bergambar didalamnya kerana anda akan mendapat pengalaman yang menarik.

Pulau Perhentian Menyegarkan Minda

Anda mungkin berasa tekanan dengan tugas seharian anda bukan? Perasaan letih dengan kerja-kerja yang anda lakukan setiap hari menyebabkan anda mudah berasa bosan. Sekiranya anda merasa begitu, saya ada beberapa cadangan untuk menghilangkan rasa stress yang berada di dalam diri anda.

Contohnya anda boleh melakukan beberapa aktiviti senaman seperti berjoging setiap hujung minggu bersama rakan-rakan atau keluarga anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti yang membuat anda berasa seronok seperti bermain badminton, berkebun atau bergotong royong bersama jiran tetangga .

Dengan cara ini, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kawan-kawan dan jiran tetangga. Masyarakat juga akan bersatu dalam suasana yang harmoni.

Selain daripada bersenam dan berkebun, saya juga mencadangkan anda pergi beriadah. Tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk merehatkan diri di pantai dan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Pelbagai tempat-tempat yang menarik di negara kita. Salah satunya ialah Pulau Perhentian.

 Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu.


Pulau Perhentian bertempat di negeri Terengganu. Pulau Perhentian adalah antara pulau yang terbersih di Malaysia. Pemandangannya yang indah sesuai dijadikan tempat untuk beriadah. Anda akan dapat merasakan ketenangan dengan melihat pemandangan disekitar pantai ini. Anda juga akan menikmati kepuasan dengan bermandi-manda di pantai serta boleh melakukan aktiviti yang menarik. Ini boleh menyegarkan minda anda dan boleh menghilangkan stress dalam diri anda.


Pemandangan tepi pantai boleh menghilangkan tekanan dan keletihan.


Jadi jika anda ingin menyegarkan minda dan inginkan ketenangan.pergilah bercuti  bersama keluarga atau sahabat anda supaya hidup kita sentiasa ceria dan dapat mengawal diri daripada tertekan.


Bermandi-manda dapat memberi kepuasan sambil menikmati keindahan alam.



Sunday, May 13, 2012

Ulam-ulaman Semakin Dilupakan

 Zaman moden ini pelbagai jenis makanan yang berada dipasaran. Makanan segera adalah makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Antara makanan segera yang terdapat banyak dipasaran adalah makanan seperti mi segera, burger, hot dog dan makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini adalah kerana masyarakat kerap sibuk dengan tugas kerja masing-masing seperti di berada di pejabat dari pagi sehingga petang, ketika pulang pula jalan raya sibuk dan sampai dirumah pula sudah lewat, ini menyebabkan ramai masyarakat mengambil jalan mudah dengan mengamalkan makanan segera tanpa memikirkan kesannya.

 Hal ini kerana makanan sebegini lebih mudah diperolehi kerana terdapat banayak dipasaran. Bagi makanan didalam tin atau makanan sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dipanaskan sehingga dua minit sahaja kemudian boleh dimakan terus. 

 Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk menanak nasi, menggoreng ikan, memasak sayur.Oleh sebab itu, masyarakat kita semakin melupakan makanan tradisi nenek moyang kita iaitu ulam-ulaman. Jarang sekali jika dilihat orang bandar makan ulam-ulaman berbanding di kampung. 

mentimun sangat baik untuk penjagaan  kulit dan wajah


Ulam raja mudah dibiak menerusi semaian biji benih walaupun tanpa penjagaan rapi.



kacang botol boleh didapati di pasar 

Selain itu, ulam-ulaman mempunyai pelbagai khasiat tersendiri. Contoh ulam- ulaman ialah seperti ulam raja, kacang botol, tomato, mentimun dan sebagainya. Sesiapa yang mempunyai penyakit teanan darah tinggi, digalakkan minum air mentimun sebanyak dua hingga tiga kali sehari. InsyaAllah akan berkurangan.

Ulam-ulaman sebegini juga boleh ditanam disekitar kawasan rumah kita kerana ianya boleh menjimatkan wang perbelanjaan seharian kita. Disamping itu, kita juga akan mudah memetiknya dan tidak perlu bersusah payah ke kedai.



Jom Tanam Roselle ...


Kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda tentang tanaman roselle yang semakin terkenal dan menjadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tidak tahu bahawa sememangnya  pokok bunga roselle ini sangat mudah ditanam.

Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Sama seperti pokok bunga raya yang lain,pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya diladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10 hingga 15 hari.

Pokok roselle sebenarnya sangat senang dan mudah tumbuh. Petua ayah saya senang sahaja, keringkan sahaja biji-biji roselle sehingga bewarna coklat kemudian tanam. Ianya mudah tumbuh di merata tempat.



 gambar biji roselle setelah dikupas buahnya


buah roselle yang belum matang


  Inilah hasil tanaman roselle di belakang rumah saya


buah roselle mudah tumbuh di negara beriklim tropika seperti Malaysia


Biji roselle yang belum matang adalah kehijauan, manakala yang sudah matang warnanya seakan kehitaman. Roselle sesuai untuk dibuat sebagai jus minuman dan jem.

Bagi mereka yang menghadapi  masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi demam panas. 

Stevia Gantikan Gula



Pernahkah anda mengetahui tentang khasiat pokok stevia? Saya pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui tentang khasiat yang terdapat dalam pokok stavia bukan? 


Stevia merupakan satu jenis tanaman yang baru rakyat Malaysia. Walaupun begitu, stevia merupakan pemanis semulajadi dan menjadi pengganti kepada gula tebu. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini terdapat syarikat yang mengkomersialkannya sebagai alternatif kepada gula putih.


Stevia merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika tengah. Digunakan secara meluas oleh petani di Paraguay dan Brazil sebagai pemanis semulajadi di dalam minuman mereka. 
Cuba anda lawati http://www.lovehijau.com/2010/08/steviapenganti-gula-tebu.html




                 pokok stevia dari pelbagai negara mempunyai jenis dan tahap kemanisan yang berbeza.


Baru-baru ini Malaysia juga turut melakukan tanaman Stevia sebagai langkah menggantikan gula. Hal ini kerana peratusan rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis dan diabetis semakin meningkat. 


Berita Harian 1/1/2012 ada menyatakan bahawa mengikut tinjauan kesihatan dan Morbiditi Edisi Ketiga yang dikendalikan pada tahun 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9%  berbanding sedekad lalu dimana penularan diabetes hanya 8.3%.


Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti dikalangan pendududk.



                                                                   anak pokok stevia dijual didalam tray.



                                                  terdapat juga anak pokok stevia yang dijual didalam pot.


Menariknya, daun stevia dapat menggantikan gula harian setelah dikenal pasti sebagai tumbuhan yang mengandungi manisan, tiada kalori dan tiada karbohidrat.


Saya sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperluaskan tanaman stevia ini. Ini sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan rendah kalori dan rendah karbohidrat, selain mengelakkan penyakit kencing manis dan masalah kegemukan melampau atau obesiti. Anda juga boleh merujuk kepada http://stevia-gec.blogspot.com/2011/01/tanaman-stevia-di-halaman-rumah-dan-di.html.



buah-buahan untuk kesihatan