kerana dirimu begitu berharga...

''abadikan saat terindah bersama orang tersayang''

Tuesday, December 4, 2012

prince and princess of my heart



terima kasih ayah dan ibu... we do love both of you very much...please dont leave us..Ya Allah peliharalah mereka...terlalu banyak pengorbanan mereka sehingga kami tidak mampu membalasnya...

Monday, December 3, 2012

Bermula dari mereka...








rindu..

assalamualaikum buat semua..kali entry kali ni nak cerita tentang rindu..saat kita sepi saat tiada orang disisi,dan menyendiri pasti ada perasaan rindu. Perasaan rindu itu kadang-kadang lahir secara tiba-tiba dan tiada yang memaksa.

Dijasad tiap insan diciptakan hati membendungi perasaan.. disitulah bermula satu pertimbangan penentuan arah..tiada apaun jua dicitakan sia-sia..hati menjadi neraca diri, tiap langkah kita  harus di imbangi..usaha mencari kekuatan diri saat kita diuji..hati yang merindui itu sangat berat jika tidak diluahkan..umpama sesak dada menahan kerinduan..

umpama cermin dihinggapi debu demikian hatimu jika tidak disucikan..
orang-orang bertakwa rindu kan kebenaran,kejujuran dan keikhlasan,
orang mukmin merindukan anak2 yang soleh,suami isteri yang solehah..hasilnya keluarga bahagia..
rindu pada kedamaian ,ketenangan dan rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan
dan seluruh umat akan rindukan cahaya yang menyinari kehidupan iaitu rindu kepada TUHAN...

Tuesday, November 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AYAH TERSAYANG

Ayahku dilahirkan pada 17 Januari 1959. Anak ke 5 daripada 14 orang adik beradik. Hasil perkahwinan dengan ibu, ayah dikurniakan empat orang anak. tapi abang sulong meninggal selepas lahir. Jadi tinggal kami bertiga. Ayah berasal dari Kampung Berangan 6 Umbai, Melaka.
                                                                       ayah dan ibu..^-^

        Ayah seorang yang tegas, garang..Walaupun beliau seorang yang tegas tetapi sangat penyayang. Setiap hari keluar pukul 7 pagi balik 7 malam. namun beliau tidak pernah mengeluh. Kesian tengok ayah kerja keras setiap hari. Semangat ayah bekerja membuat aku terfikir betapa besar pahala dari setiap titis peluh dan keringat dari seorang ayah yang mencari rezeki buat keluarganya. Setiap hari melayan kerenah anak-anak dari kecil sampai sekarang. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh seorang ayah sangat bermakna buat anak-anak. Pengorbanan ayah tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.  Bila teringat zaman kanak-kanak. Kami adik beradik kena rotan dan kena marah dek kerana bergaduh  sesama kami sehingga ayah tidak khusyuk solat lalu kami dirotan. Ini bukan bermaksud ayah membenci tetapi mendidik anaknya. Ketagasan itu membuatkan kami tidak berani bergaduh depan ayah lagi..hee..gaduh belakang2 jek..haha
                                                           majlis perkahwinan-muar johor

 Namun, sifat kasih seorang suami dan seorang bapa tiada tandingan. Ayah seorang yang penyabar. Dalam sibuk bekerja ayah sering melepaskan stressnya dengan  berkebun bila pulang rumah. Sering terfikir ayah ni tak penat ke? Tapi itulah cara ayah menghilangkan penatnya. Ayah sentiasa menunjukan contoh terbaik kepada anaknya. Bila ibu balik kerja, kadang-kadang ayah tolong ibu masak. Mesti ada lauk asam pedas..hehe..Kadang-kadang kalau ibu migrain ayah tolong picitkan kepala ibu. Ayah tidak pernah menunjukkan masalah dia.Kalau ada masalah pun dia seboleh-boleh tak nak orang tahu. Mutiara peluh ayah sangat berharga bagi kami. Banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sangat berguna. Meskipun ayah banyak menghabiskan masa di tempat kerja, ayah sentiasa manfaatkan masa yang ada dengan keluarga. Setiap kali  ayah pulang kerja, ayah sentiasa tersenyum sambil disambut ibu depan pintu. Ayah dan ibu adalah penyeri kehidupanku. Setiap kali sebelum tidur ,tangan nya ku salam pipinya ku kucup, begitu juga ibu. Kami mengharap redha ibu juga redha darimu ayah. hanya itu yang kami pinta agar hidup kami lebih berkat dan bermakna.
                        mohon restu-  ayah sedang bersalaman  dengan arwah atuk (Hj Abd Kadir) dan atuk Chik Dah

  Lahir kami ke dunia kami disambut penuh syukur, kami diajar mengenal Allah juga nabi mulia. kami dididik tak pernah jemu. Halalkan makan minum kami maafkanlah salah silap kami . Tanpa maaf dan juga restu hidup kami tak menentu.Tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan yang suci itu, tak berdaya aku membalasnya moga aku menjadi anak yang bertakwa. Jasamu ayah dan ibu akan kami kenang selamanya. Hidup saling berkasih sayang membina keluarga bahagia.  Padamu Allah aku berdoa rahmati ibu ayahku tercinta. Ampunilah dosa-dosa mereka,panjang umur dilimpahkan rezeki dan moga berbahagia didunia dan akhirat beroleh syurga. Semoga kami menjadi permata yang soleh dan solehah..amiin



we do love u ayah=)..
Buat Ayah : ika, abang,ana ,ibu sayang ayah sangat. terima kasih ayah..=)




Monday, May 14, 2012

Kunjungi Rumah Beriklim Sederhana



Sebagaimana kita tahu, Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa dan lembab sepanjang tahun. Negara kita sering melalui musim panas dan musim hujan sepanjang tahun. Namun begitu negara kita tidak merasai musim bunga dan musim salji seperti negara lain.

Oleh itu, kerajaan telah membina suatu tempat pelancongan menarik di negara kita iaitu Rumah Beriklim Sederhana 4Musim yang kini lebih dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Ianya terletak di Shah Alam. Menariknya, rumah beriklim sederhana 4 musim ini mempunyai keunikan tersendiri. Sebelum ianya beralih musim, rumah beriklim sederhana ini akan diselenggarakan selama 2 minggu sebelum mula beroperasi.


Ketiga-tiga gambar diatas adalah suasana pada musim bunga di rumah beriklim sederhana


Antara yang menarik minat pengunjung ialah pada musim salji dan musim bunga. Ini kerana negara kita tidak ada musim tersebut. Pastinya jika anda ingin mengunjungi Taman Botani Negara, jangan lepaskan peluang untuk bergambar didalamnya kerana anda akan mendapat pengalaman yang menarik.

Pulau Perhentian Menyegarkan Minda

Anda mungkin berasa tekanan dengan tugas seharian anda bukan? Perasaan letih dengan kerja-kerja yang anda lakukan setiap hari menyebabkan anda mudah berasa bosan. Sekiranya anda merasa begitu, saya ada beberapa cadangan untuk menghilangkan rasa stress yang berada di dalam diri anda.

Contohnya anda boleh melakukan beberapa aktiviti senaman seperti berjoging setiap hujung minggu bersama rakan-rakan atau keluarga anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti yang membuat anda berasa seronok seperti bermain badminton, berkebun atau bergotong royong bersama jiran tetangga .

Dengan cara ini, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kawan-kawan dan jiran tetangga. Masyarakat juga akan bersatu dalam suasana yang harmoni.

Selain daripada bersenam dan berkebun, saya juga mencadangkan anda pergi beriadah. Tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk merehatkan diri di pantai dan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Pelbagai tempat-tempat yang menarik di negara kita. Salah satunya ialah Pulau Perhentian.

 Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu.


Pulau Perhentian bertempat di negeri Terengganu. Pulau Perhentian adalah antara pulau yang terbersih di Malaysia. Pemandangannya yang indah sesuai dijadikan tempat untuk beriadah. Anda akan dapat merasakan ketenangan dengan melihat pemandangan disekitar pantai ini. Anda juga akan menikmati kepuasan dengan bermandi-manda di pantai serta boleh melakukan aktiviti yang menarik. Ini boleh menyegarkan minda anda dan boleh menghilangkan stress dalam diri anda.


Pemandangan tepi pantai boleh menghilangkan tekanan dan keletihan.


Jadi jika anda ingin menyegarkan minda dan inginkan ketenangan.pergilah bercuti  bersama keluarga atau sahabat anda supaya hidup kita sentiasa ceria dan dapat mengawal diri daripada tertekan.


Bermandi-manda dapat memberi kepuasan sambil menikmati keindahan alam.



Sunday, May 13, 2012

Ulam-ulaman Semakin Dilupakan

 Zaman moden ini pelbagai jenis makanan yang berada dipasaran. Makanan segera adalah makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Antara makanan segera yang terdapat banyak dipasaran adalah makanan seperti mi segera, burger, hot dog dan makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini adalah kerana masyarakat kerap sibuk dengan tugas kerja masing-masing seperti di berada di pejabat dari pagi sehingga petang, ketika pulang pula jalan raya sibuk dan sampai dirumah pula sudah lewat, ini menyebabkan ramai masyarakat mengambil jalan mudah dengan mengamalkan makanan segera tanpa memikirkan kesannya.

 Hal ini kerana makanan sebegini lebih mudah diperolehi kerana terdapat banayak dipasaran. Bagi makanan didalam tin atau makanan sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dipanaskan sehingga dua minit sahaja kemudian boleh dimakan terus. 

 Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk menanak nasi, menggoreng ikan, memasak sayur.Oleh sebab itu, masyarakat kita semakin melupakan makanan tradisi nenek moyang kita iaitu ulam-ulaman. Jarang sekali jika dilihat orang bandar makan ulam-ulaman berbanding di kampung. 

mentimun sangat baik untuk penjagaan  kulit dan wajah


Ulam raja mudah dibiak menerusi semaian biji benih walaupun tanpa penjagaan rapi.



kacang botol boleh didapati di pasar 

Selain itu, ulam-ulaman mempunyai pelbagai khasiat tersendiri. Contoh ulam- ulaman ialah seperti ulam raja, kacang botol, tomato, mentimun dan sebagainya. Sesiapa yang mempunyai penyakit teanan darah tinggi, digalakkan minum air mentimun sebanyak dua hingga tiga kali sehari. InsyaAllah akan berkurangan.

Ulam-ulaman sebegini juga boleh ditanam disekitar kawasan rumah kita kerana ianya boleh menjimatkan wang perbelanjaan seharian kita. Disamping itu, kita juga akan mudah memetiknya dan tidak perlu bersusah payah ke kedai.



Jom Tanam Roselle ...


Kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda tentang tanaman roselle yang semakin terkenal dan menjadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tidak tahu bahawa sememangnya  pokok bunga roselle ini sangat mudah ditanam.

Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Sama seperti pokok bunga raya yang lain,pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya diladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10 hingga 15 hari.

Pokok roselle sebenarnya sangat senang dan mudah tumbuh. Petua ayah saya senang sahaja, keringkan sahaja biji-biji roselle sehingga bewarna coklat kemudian tanam. Ianya mudah tumbuh di merata tempat.



 gambar biji roselle setelah dikupas buahnya


buah roselle yang belum matang


  Inilah hasil tanaman roselle di belakang rumah saya


buah roselle mudah tumbuh di negara beriklim tropika seperti Malaysia


Biji roselle yang belum matang adalah kehijauan, manakala yang sudah matang warnanya seakan kehitaman. Roselle sesuai untuk dibuat sebagai jus minuman dan jem.

Bagi mereka yang menghadapi  masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi demam panas. 

Stevia Gantikan Gula



Pernahkah anda mengetahui tentang khasiat pokok stevia? Saya pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui tentang khasiat yang terdapat dalam pokok stavia bukan? 


Stevia merupakan satu jenis tanaman yang baru rakyat Malaysia. Walaupun begitu, stevia merupakan pemanis semulajadi dan menjadi pengganti kepada gula tebu. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini terdapat syarikat yang mengkomersialkannya sebagai alternatif kepada gula putih.


Stevia merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika tengah. Digunakan secara meluas oleh petani di Paraguay dan Brazil sebagai pemanis semulajadi di dalam minuman mereka. 
Cuba anda lawati http://www.lovehijau.com/2010/08/steviapenganti-gula-tebu.html




                 pokok stevia dari pelbagai negara mempunyai jenis dan tahap kemanisan yang berbeza.


Baru-baru ini Malaysia juga turut melakukan tanaman Stevia sebagai langkah menggantikan gula. Hal ini kerana peratusan rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis dan diabetis semakin meningkat. 


Berita Harian 1/1/2012 ada menyatakan bahawa mengikut tinjauan kesihatan dan Morbiditi Edisi Ketiga yang dikendalikan pada tahun 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9%  berbanding sedekad lalu dimana penularan diabetes hanya 8.3%.


Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti dikalangan pendududk.



                                                                   anak pokok stevia dijual didalam tray.



                                                  terdapat juga anak pokok stevia yang dijual didalam pot.


Menariknya, daun stevia dapat menggantikan gula harian setelah dikenal pasti sebagai tumbuhan yang mengandungi manisan, tiada kalori dan tiada karbohidrat.


Saya sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperluaskan tanaman stevia ini. Ini sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan rendah kalori dan rendah karbohidrat, selain mengelakkan penyakit kencing manis dan masalah kegemukan melampau atau obesiti. Anda juga boleh merujuk kepada http://stevia-gec.blogspot.com/2011/01/tanaman-stevia-di-halaman-rumah-dan-di.html.



buah-buahan untuk kesihatan

Thursday, April 26, 2012

Tanaman di Cameron Highland..

 Cameron Higland merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Keunikan tanah tinggi di Pahang ini memberi banyak manfaat kepada Negara kita. Pelbagai jenis tanaman yang terdapat di tanah tinggi Cameron Highland. Antaranya ialah tanaman teh dan strawberi. Selain itu banyak juga tanaman lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Anatara yang paling menarik di Cameron Highland ialah STRAWBERI. Tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi ladang strawberi. 


Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti strawberi dan bunga teluki. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu Tanah Rata dan Brinchang yang pertama di Cameron Highland.

buah strawberi sangat sinonim dengan Cameron Highland

tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke ladang strawberi


selain strawberi terdapat pelbagai jenis sayuran di tanah tinggi Cameron

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Penggemar Bunga...


bunga ros menjadi kegilaan ramai wnita

Keunikan tumbuh-tumbuhan sangat mengagumkan. Wanita sememangnya sinonim dengan bunga-bungaan. Pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang boleh ditanam disekitar halaman rumah kita. Kebanyakkan wanita lebih menggemari bercucuk tanam dengan menggunakan pasu kerana ia lebih mudah dijaga.  Warna dan bentuk bunga yang cantik memberi kesegaran kepada manusia serta saujana mata memandang. Namun bukan sahaja perempuan meminati bunga ,malahan ramai lelaki turut menggemari bunga. Di Malaysia bunga yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia adalah bunga raya.  Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa adalah merupakan Bunga Kebangsaan kita. Bunga Raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 28 Julai 1960. Pemilihan Bunga Raya adalah kerana keunikan warna merahnya yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi  serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain bunga raya, terdapat juga bunga yang sering menjadi perhatian dan rebutan seperti bunga orkid dan bunga mawar. Kecantikan warna yang berwarna-warni dan terang ini membuatkan semua orang tertawan pada bunga-bunga tersebut. Ianya sering dijadikan landskap dan perhiasan dirumah,ditaman-taman dan di pejabat.
                                   antara yang menarik semasa di pameran pesta bunga


Jadi, bagi penggemar bunga jangan lepaskan peluang untuk pergi ke PESTA FLORIA yang diadakan setiap tahun pada JUN2012!

orkid antara bunga-bunga yang menjadi tumpuan sepanjang pesta Floria




Thursday, April 5, 2012

Kelainan kumpulan DHUHA berkonsepkan Edutainment (belajar sambil berhibur).

Putrajaya- Betemakan ‘ Suburkan jiwa dengan ilmu, sirami ibadat dengan amal’ Ekspo Buku Islam edisi ke-2 telah diadakan bermula 24 Februari sehingga 4 Mac 2012. Selain dari penjualan buku-buku, pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diadakan di pentas utama Dewan Cempaka Sari, Presint3 ,Putrajaya yang terletak berhadapan Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi).
Persembahan diadakan bagi mempromosikan album Dhuha Mari Menyanyi Bahasa Arab, bagi menggalakkan pelajar mempelajari bahasa arab, Dhuha mengambil peluang mempromosikan  album tersebut bagi memperkenalkan bahasa arab dikalangan masyarakat.
Album ini adalah cetusan idea bersama pasangan Puan Aidahaniza Abdul Wahab dan suaminya Ustaz Shazly Abdullah sebagai penerbit dan pengurus Dhuha. “Saya berminat untuk mempelajari bahasa arab untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pensyarah yang berbangsa Arab. Kemudian saya tertarik untuk mendidik kanak-kanak berlatih berkomunikasi dalam bahasa arab dengan menggunakan teknik lagu dan nyanyian dalam pengajaran bahasa arab,’’ kata beliau yang merupakan seorang pensyarah bahasa Inggeris di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan.
Kumpulan ini telah ditubuhkan sejak tahun 2010. Nama Dhuha yang bermaksud waktu diantara pagi hingga tengah hari, pagi yang ceria dan nyaman serta murah rezeki dipilih sebagai nama kumpulan. Selain itu, Dhuha mensasarkan penonton khususnya berumur dari setahun sehingga 17 tahun. Menariknya kumpulan Dhuha terdiri dari tujuh oang kesemuanya anak-anak Pn Aida sendiri iaitu Nusaiybah, Nasihah, Rumman, Zaidan, Ajwah, Hamied Kishk, dan Safitunnaja.
 Album DHUHA"Jom Menyanyi Bahasa Arab" ini memuatkan lagu-lagu yang mudah dan senang dihafal pelajar, antaranya ialah Di Rumah kami, Selamat Hari Jadi, Kebersihan Sebahagian Daripada Iman, Ke Zoo dan pelbagai lagi. 

CD karaoke yang mempunyai terjemahan bahasa melayu, memudahkan kanak-kanak mengingati dan mempelajari bahasa arab. Lirik-lirik yang digunakan juga sangat mudah. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut menggunakan CD ini bagi mempelajari bahasa arab.

Menurut Pn Aidahanizah lagi,“Kami telah pergi kesemua stesen siaran televisyen dan radio IKIM untuk memperkenalkan Dhuha kepada masyarakat. Secara umumnya, kami menerima  dua jemputan dalam masa sebulan untuk membuat persembahan disekolah-sekolah ataupun di mana-mana majlis”. 

Tambahnya lagi,“Kami akan mengadakan persembahan pada Jun ini bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada Pesta Buku Antarabangsa nanti.” Beliau juga turut berhasrat untuk mempromosikan album diperingkat luar Negara bagi menaikkan nama Malaysia dan memperluaskan  pendidikan melalui lagu-lagu. 

Sokongan pelbagai pihak amat dihargai dalam usaha untuk mendidik generasi muda khususnya kanak-kanak untuk memahami, mempelajari dan seterusnya menguasai Bahasa Arab. Selain itu, album ini boleh dijadikan alat bantuan mengajar untuk guru-guru di sekolah kerana murid-murid lebih tertarik untuk belajar jika disertakan dengan alunan lagu.

Friday, March 16, 2012

.Tajuk: Kepentingan dan Langkah Penjagaan Alam Sekitar Disebalik Pembangunan.


Oleh: Nur Atiqah bt Mahat, Universiti Sains Islam Malaysia


Realiti pada masa kini ialah manusia semakin giat menjalankan pembangunan tanpa menghiraukan alam sekitar disebalik pembangunan. Akibat keghairahan manusia yang melakukan sebarang aktiviti pemodenan demi wang ringgit, dunia terpaksa berhadapan dengan tiga isu utama yang mengancam alam sekitar iaitu pencemaran, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon yang mengakibatkan kenaikan suhu yang tinggi.
Ini termasuklah penebangan hutan tanpa kawalan yang mengakibatkan kerosakan dalam sistem takungan air hujan dan memungkinkan banjir, meruntuhkan bukit-bukau secara sembarangan yang mengakibatkan gegaran ataupun gempa bumi. Merujuk kepada buku karangan Ulama’ Islam yang terkenal, Dr Imam Yusuf Al Qaradhawi, menyatakan perkara yang paling penting dalam penjagaan alam sekitar ialah penjagaan keseimbangannya supaya dapat mengelakkan alam sekitar rosak tanpa pembelaan dalam Penjagaan Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam.






Kepelbagaian tumbuhan yang terdapat di muka bumi.

Manusia hendaklah mensyukuri keindahan alam ciptaan Allah

Alam semesta adalah tanda terbesar kewujudan Allah. Manusia dan alam semesta adalah ciptaan Allah yang hebat. Oleh itu manusia harus melihat alam ini sebagai sebahagian daripada diri mereka dalam erti kata lain mereka mestilah bersikap baik terhadapnya. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 164 yang bermaksud “sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu air itu Dia hidupkan sesudah mati(kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan”.
Dari sudut pemodenan, terbukti bahawa teknologi membantu manusia dalam banyak perkara, tetapi penggunaan teknologi yang melampau akan mewujudkan kesan yang tidak baik kepada bumi. Namun begitu, kempen Earth Hour merupakan contoh salah satu inisiatif yang dilakukan di seluruh dunia sebagai salah satu langkah untuk memberi kesedaran tentang bahaya kesan gas rumah hijau yang mengancam iklim dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara diseluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu minggu terakhir bulan Mac setiap tahun selama satu jam dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Menurut sumber AFP, pengasas Earth Hour, Andy Ridley, yang mengaku bahawa ia sekadar tindakan simbolik, "Ia hanyalah sejam, sehari, setahun. Kita tidak menyelamatkan bumi dengan memadamkan lampu untuk tempoh sesingkat itu. Apa yang anda lakukan adalah menambah suara anda kepada desakan sedunia untuk menyelamatkan bumi ini.” Laporan dari News Stait Times pada 25 Mac lalu, Pengarah eksekutif Earth Hour itu menyatakan  sasaran kempen ini ialah bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida tahunan dan mengimbangi pencemaran bahan api fosil-sendiri sekaligus mengawal fenomena pemanasan global.
 Kempen Earth Hour yang diadakan di seluruh dunia telah mendapat sambutan yang semakin menggalakkan setiap tahun. Malaysia adalah antara 126 negara yang turut terlibat dengan kempen ini. Kewajaran anjuran pihak World Wildlife Fund yang bermotifkan menggalakkan penduduk dunia berhenti menggunakan eletrik selama 60minit telah mendapat sambutan yang semakin meningkat pada setiap tahun.
Antara mercu tanda di Malaysia yang terlibat adalah Putra World Trade Centre (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Pusat membeli-belah Suria KLCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), National Planetarium, Stesen Sentral Kuala Lumpur, Hotel Tune, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid  telah menyokong program Earth Hour ini.
Pembangunan perlu diseimbangkan dengan dengan kebersihan.

Pembangunan dan pemodenan adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak oleh manusia. Namun dalam keghairahan manusia mengejar arus pemodenan, kita sering terlupa akan hakikat bahawa kita  turut menjadi penyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna kita seharusnya menolak pembangunan dan arus pemodenan demi kepentingan alam sekitar. Apa yang penting ialah kita perlulah mewujudkan keseimbangan kemajuan antara kedua-duanya. Ini bermaksud dalam kesibukan pembangunan di negara kita, kita perlu juga  menitikberatkan aspek penjagaan alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran disebalik pembangunan.
Menurut Ismail Jamil, 57, Bekas Juruteknik Cari Gali Petronas, melihat kepada masalah pemanasan global yang semakin serius ini, Beliau sangat menyokong kempen Earth Hour yang diadakan setiap tahun diseluruh dunia sekurang-kurangnya bil elektrik rumah dan pejabat kita selama sejam dapat dijimatkan. Kita sebagai manusia yang prihatin tidak seharusnya terlalu mengharapkan pihak kerajaan melakukan semua langkah pencegahan bagi pihak kita.
Namun begitu, terdapat banyak amalan dalam kehidupan seharian kita akan dapat membantu memperlahankan masalah global ini. Antaranya ialah bercucuk tanam adalah perkara paling penting dan paling mudah bagi mewujudkan persekitaran yang hijau. Bercucuk tanam adalah sesuatu yang semua orang boleh lakukan bagi mengekalkan alam sekitar. Kita tidak boleh bergantung hanya pada badan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran dan sahaja. Sebaliknya, kita sendiri yang perlu melakukan amalan bercucuk tanam bagi mengekalkan kehijauan alam sekitar. Pelbagai cara boleh digunakan seperti menanam sayur-sayuran atau pokok bunga disekitar rumah kita. Dengan cara ini, manusia dapat menikmati kesegaran dan berasa tenang apabila melihat tumbuhan hijau.


Kitar semula adalah langkah paling mudah diambil untuk menjaga alam sekitar


Selain itu, kaedah 3R iaitu Reuse (guna semula), Reduce (pengurangan) dan Recycle (kitar semula) boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Amalan bercucuk tanam di kawasan bandar dan luar bandar memainkan peranan penting. Dengan menerapkan budaya menanam tumbuhan, masyarakat bukan saja dapat menyumbang kepada meringinkan beban perbelajaan isi rumah, malah masyarakat juga mempunyai sumber makanan sendiri sekiranya berlakunya bencana alam yang mungkin menyekat aliran bekalan makanan ke pusat-pusat jualan. Selain itu, rancang pembelian  untuk mengelak dan membeli barangan yang tidak perlu yang akhirnya menambahkan bahan buangan. Bawa bersama beg anda semasa membeli-belah untuk mengisi barangan yang kecil. Ini akan mengurangkan penggunaan beg plastik. Kita juga boleh membawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas ‘Styrofoam’ yang tidak boleh lupus. 


Menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama.

             Kesimpulannya setiap individu boleh memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar dengan bercucuk tanam. Perkara ini mudah dilakukan oleh semua, dan boleh membantu seluruh bumi, namun tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih di peringkat yang rendah.  Justeru itu program pendidikan dan kesedaran amatlah perlu bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu, manusia perlu sentiasa ingat kewajipannya untuk menjaga alam sekitar.

Thursday, March 1, 2012

JoM KemBaLikaN SunnAh sUkaN BeRkuDa..

SI PENUNGGANG KUDA..

Apabila  bercakap tentang KUDA apakah yang terbayang di mata kita? adakah sukan  polo atau sukan berkuda? ramai yang berminat untuk berdamping dengan kuda .Tetapi ramai yang memberi alasan bahawa sukan berkuda hanya untuk orang kaya sahaja,dan tidak tidak berpeluang untuk menunggang kuda.


ISH.ISH..Itu SeMua AlaSan SAhaJa..SeBeNarnyA kUda AdalAh MiliK oRang ISLAM!!kUda DI gUNaKan OleH oRang aRab pada zaMAn dahulu lagi.. kUda AdaLah HAiwan yang UniK.iAnya TerPanTAs,TahaN LasAk,TaHAn CuaCa saMa ada Panas atau Sejuk, waima dALAm PerTaNDingAN cEKAp SeRta biJAK..

KuDA sANgat mempUnyaI Rasa HatI yANG kUAt..Ia Sangat tErhUbunG deNGAN mAnusia denGan rasa Hati Yang KuAT. meskIPun BInatang itU tidaK boLEh BeRcakap nAmuN ia BoleH MengEtahui GeraK Hti ManusIA. Lihatlah betapa hebatnya kejadian Allah..

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia.Namun ramai yang tidak tahu tentang kelebihan menunggang kuda.. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya..antara kelebihannya ialah..

-Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
-Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
-Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Maka kita lihat semula sabda Rasulullah S.a.w, di mana Baginda Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengajar anak2 kita menunggang kuda, ada tak kaitan nya dgn tanda2 hari kiamat(kecil).selain tanda2 kiamat kecil, Rasulullah s.a.w mengalakkan perbuatan itu sebagai acara bersukan. dan juga, pabila nikmat minyak itu sudah di tarikkan balik oleh Allah S.w.t, bermakna kereta kebal, senapang, pistol dan seumpamanya tidak boleh digunakan lagi, jadi kalau berperang gunakan apa?
 

sEbaGaI iNfO uNtuk DikonGsi BeRsAMa..=)