kerana dirimu begitu berharga...

''abadikan saat terindah bersama orang tersayang''

Tuesday, November 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AYAH TERSAYANG

Ayahku dilahirkan pada 17 Januari 1959. Anak ke 5 daripada 14 orang adik beradik. Hasil perkahwinan dengan ibu, ayah dikurniakan empat orang anak. tapi abang sulong meninggal selepas lahir. Jadi tinggal kami bertiga. Ayah berasal dari Kampung Berangan 6 Umbai, Melaka.
                                                                       ayah dan ibu..^-^

        Ayah seorang yang tegas, garang..Walaupun beliau seorang yang tegas tetapi sangat penyayang. Setiap hari keluar pukul 7 pagi balik 7 malam. namun beliau tidak pernah mengeluh. Kesian tengok ayah kerja keras setiap hari. Semangat ayah bekerja membuat aku terfikir betapa besar pahala dari setiap titis peluh dan keringat dari seorang ayah yang mencari rezeki buat keluarganya. Setiap hari melayan kerenah anak-anak dari kecil sampai sekarang. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh seorang ayah sangat bermakna buat anak-anak. Pengorbanan ayah tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.  Bila teringat zaman kanak-kanak. Kami adik beradik kena rotan dan kena marah dek kerana bergaduh  sesama kami sehingga ayah tidak khusyuk solat lalu kami dirotan. Ini bukan bermaksud ayah membenci tetapi mendidik anaknya. Ketagasan itu membuatkan kami tidak berani bergaduh depan ayah lagi..hee..gaduh belakang2 jek..haha
                                                           majlis perkahwinan-muar johor

 Namun, sifat kasih seorang suami dan seorang bapa tiada tandingan. Ayah seorang yang penyabar. Dalam sibuk bekerja ayah sering melepaskan stressnya dengan  berkebun bila pulang rumah. Sering terfikir ayah ni tak penat ke? Tapi itulah cara ayah menghilangkan penatnya. Ayah sentiasa menunjukan contoh terbaik kepada anaknya. Bila ibu balik kerja, kadang-kadang ayah tolong ibu masak. Mesti ada lauk asam pedas..hehe..Kadang-kadang kalau ibu migrain ayah tolong picitkan kepala ibu. Ayah tidak pernah menunjukkan masalah dia.Kalau ada masalah pun dia seboleh-boleh tak nak orang tahu. Mutiara peluh ayah sangat berharga bagi kami. Banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sangat berguna. Meskipun ayah banyak menghabiskan masa di tempat kerja, ayah sentiasa manfaatkan masa yang ada dengan keluarga. Setiap kali  ayah pulang kerja, ayah sentiasa tersenyum sambil disambut ibu depan pintu. Ayah dan ibu adalah penyeri kehidupanku. Setiap kali sebelum tidur ,tangan nya ku salam pipinya ku kucup, begitu juga ibu. Kami mengharap redha ibu juga redha darimu ayah. hanya itu yang kami pinta agar hidup kami lebih berkat dan bermakna.
                        mohon restu-  ayah sedang bersalaman  dengan arwah atuk (Hj Abd Kadir) dan atuk Chik Dah

  Lahir kami ke dunia kami disambut penuh syukur, kami diajar mengenal Allah juga nabi mulia. kami dididik tak pernah jemu. Halalkan makan minum kami maafkanlah salah silap kami . Tanpa maaf dan juga restu hidup kami tak menentu.Tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan yang suci itu, tak berdaya aku membalasnya moga aku menjadi anak yang bertakwa. Jasamu ayah dan ibu akan kami kenang selamanya. Hidup saling berkasih sayang membina keluarga bahagia.  Padamu Allah aku berdoa rahmati ibu ayahku tercinta. Ampunilah dosa-dosa mereka,panjang umur dilimpahkan rezeki dan moga berbahagia didunia dan akhirat beroleh syurga. Semoga kami menjadi permata yang soleh dan solehah..amiin



we do love u ayah=)..
Buat Ayah : ika, abang,ana ,ibu sayang ayah sangat. terima kasih ayah..=)