kerana dirimu begitu berharga...

''abadikan saat terindah bersama orang tersayang''

Thursday, April 26, 2012

Tanaman di Cameron Highland..

 Cameron Higland merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Keunikan tanah tinggi di Pahang ini memberi banyak manfaat kepada Negara kita. Pelbagai jenis tanaman yang terdapat di tanah tinggi Cameron Highland. Antaranya ialah tanaman teh dan strawberi. Selain itu banyak juga tanaman lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Anatara yang paling menarik di Cameron Highland ialah STRAWBERI. Tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi ladang strawberi. 


Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti strawberi dan bunga teluki. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu Tanah Rata dan Brinchang yang pertama di Cameron Highland.

buah strawberi sangat sinonim dengan Cameron Highland

tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke ladang strawberi


selain strawberi terdapat pelbagai jenis sayuran di tanah tinggi Cameron

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Penggemar Bunga...


bunga ros menjadi kegilaan ramai wnita

Keunikan tumbuh-tumbuhan sangat mengagumkan. Wanita sememangnya sinonim dengan bunga-bungaan. Pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang boleh ditanam disekitar halaman rumah kita. Kebanyakkan wanita lebih menggemari bercucuk tanam dengan menggunakan pasu kerana ia lebih mudah dijaga.  Warna dan bentuk bunga yang cantik memberi kesegaran kepada manusia serta saujana mata memandang. Namun bukan sahaja perempuan meminati bunga ,malahan ramai lelaki turut menggemari bunga. Di Malaysia bunga yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia adalah bunga raya.  Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa adalah merupakan Bunga Kebangsaan kita. Bunga Raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 28 Julai 1960. Pemilihan Bunga Raya adalah kerana keunikan warna merahnya yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi  serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain bunga raya, terdapat juga bunga yang sering menjadi perhatian dan rebutan seperti bunga orkid dan bunga mawar. Kecantikan warna yang berwarna-warni dan terang ini membuatkan semua orang tertawan pada bunga-bunga tersebut. Ianya sering dijadikan landskap dan perhiasan dirumah,ditaman-taman dan di pejabat.
                                   antara yang menarik semasa di pameran pesta bunga


Jadi, bagi penggemar bunga jangan lepaskan peluang untuk pergi ke PESTA FLORIA yang diadakan setiap tahun pada JUN2012!

orkid antara bunga-bunga yang menjadi tumpuan sepanjang pesta Floria




Thursday, April 5, 2012

Kelainan kumpulan DHUHA berkonsepkan Edutainment (belajar sambil berhibur).

Putrajaya- Betemakan ‘ Suburkan jiwa dengan ilmu, sirami ibadat dengan amal’ Ekspo Buku Islam edisi ke-2 telah diadakan bermula 24 Februari sehingga 4 Mac 2012. Selain dari penjualan buku-buku, pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diadakan di pentas utama Dewan Cempaka Sari, Presint3 ,Putrajaya yang terletak berhadapan Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi).
Persembahan diadakan bagi mempromosikan album Dhuha Mari Menyanyi Bahasa Arab, bagi menggalakkan pelajar mempelajari bahasa arab, Dhuha mengambil peluang mempromosikan  album tersebut bagi memperkenalkan bahasa arab dikalangan masyarakat.
Album ini adalah cetusan idea bersama pasangan Puan Aidahaniza Abdul Wahab dan suaminya Ustaz Shazly Abdullah sebagai penerbit dan pengurus Dhuha. “Saya berminat untuk mempelajari bahasa arab untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pensyarah yang berbangsa Arab. Kemudian saya tertarik untuk mendidik kanak-kanak berlatih berkomunikasi dalam bahasa arab dengan menggunakan teknik lagu dan nyanyian dalam pengajaran bahasa arab,’’ kata beliau yang merupakan seorang pensyarah bahasa Inggeris di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan.
Kumpulan ini telah ditubuhkan sejak tahun 2010. Nama Dhuha yang bermaksud waktu diantara pagi hingga tengah hari, pagi yang ceria dan nyaman serta murah rezeki dipilih sebagai nama kumpulan. Selain itu, Dhuha mensasarkan penonton khususnya berumur dari setahun sehingga 17 tahun. Menariknya kumpulan Dhuha terdiri dari tujuh oang kesemuanya anak-anak Pn Aida sendiri iaitu Nusaiybah, Nasihah, Rumman, Zaidan, Ajwah, Hamied Kishk, dan Safitunnaja.
 Album DHUHA"Jom Menyanyi Bahasa Arab" ini memuatkan lagu-lagu yang mudah dan senang dihafal pelajar, antaranya ialah Di Rumah kami, Selamat Hari Jadi, Kebersihan Sebahagian Daripada Iman, Ke Zoo dan pelbagai lagi. 

CD karaoke yang mempunyai terjemahan bahasa melayu, memudahkan kanak-kanak mengingati dan mempelajari bahasa arab. Lirik-lirik yang digunakan juga sangat mudah. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut menggunakan CD ini bagi mempelajari bahasa arab.

Menurut Pn Aidahanizah lagi,“Kami telah pergi kesemua stesen siaran televisyen dan radio IKIM untuk memperkenalkan Dhuha kepada masyarakat. Secara umumnya, kami menerima  dua jemputan dalam masa sebulan untuk membuat persembahan disekolah-sekolah ataupun di mana-mana majlis”. 

Tambahnya lagi,“Kami akan mengadakan persembahan pada Jun ini bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada Pesta Buku Antarabangsa nanti.” Beliau juga turut berhasrat untuk mempromosikan album diperingkat luar Negara bagi menaikkan nama Malaysia dan memperluaskan  pendidikan melalui lagu-lagu. 

Sokongan pelbagai pihak amat dihargai dalam usaha untuk mendidik generasi muda khususnya kanak-kanak untuk memahami, mempelajari dan seterusnya menguasai Bahasa Arab. Selain itu, album ini boleh dijadikan alat bantuan mengajar untuk guru-guru di sekolah kerana murid-murid lebih tertarik untuk belajar jika disertakan dengan alunan lagu.